Senaman Yg Paling Mudah, Sila Jangan Beralasan Takde Masa♥

Assalamualaikum, lamanya tak updates blog berikutan tuntutan menguruskan urusan lain, tapi bila ada yang bertanya tentang tips dan sebagainya, semangat tu datang, kita share ape yg bagus, sama-sama dpt manfaat.

Rutin sy menjaga bentuk badan dan menjaga berat tidaklah begitu rumit. Saya agak susah “control” makan kerana sebagai WAHM, memasak menjadi satu rutin. Juga suami pun suka buat agenda Jalan-jalan Cari Makan. Jadi saya akan sentiasa mencari ruang utk membakar kalori yg telah di ambil. Alhamdulillah, dah cadangkan pada ramai kawan-kawan, dan semuanya dapat hasil memuaskan.

Amalan seharian saya adalah “Push Up Against Wall”. Sehari ada 5 waktu solat, saya akan buat 2 set setiap waktu solat. Sebelum solat dgn kiraan 20 @ 30 (terpulang kemampuan anda), dan selepas solat dgn kiraan yg sama. Setiap hari solat 5 kali, ulangi langkah tersebut. Dalam seminggu anda akan dapati kelainan pada otot-otot lengan dan perut, terutama jika anda ambil bersama Cinch Shake atau ESP. Ini kerana sumber protein sangat membantu membina otot. Saya juga mengambil OsteMatrix untuk mendapatkan keperluan kalsium, dengan melakukan senaman ini dan mengambil OsteMatrix setiap hari, saya tidak mengalami sakit pinggang walaupun di umur 30-an dan sudah beranak tiga. Jom layan senaman feveret sy♥♥♥

* masa mula-mula buat,. hari pertama-ketiga, mungkin akan sakit-sakit badan jika anda jarang workout, tp hari seterusnya akan okay 8)

 

 

 

Weight Loss Challenge (Phase 2) – 26/5/2013 – 31/5/2013

Tempoh masa ni sy berada di GZ, China. Di sini saya akan buat banyak aktiviti fizikal (berjalan), so sy decide utk makan Alfalfa untuk membantu pembakaran. Cinch tak bawak ke sana.

Banyak berjalan jangan cakap la, sunburn hitam legam muka, dengan cuaca “Summer” yg sama panas membahang seperti Malaysia, peluh keluar dengan kadar maksimum. Saya sangat yakin Alfalfa  tu boost sistem badan saya. Cuma di rumah saya jarang ambil Alfalfa sbb tak tahan panas (kurang air masak). Most of time mmg saya dengan uniform Jubah, so lencun la. Air masak sentiasa di tangan. Saya ambil 5 bji Alfalfa lepas lunch, dan 4 biji Ostematrix sebelum tidur (utk elak migrain attack, cuaca panas). Pola pemakanan kat sana, nasik siang malam, makanan berminyak. Saya juga banyak makan buah kat sana, sbb takde jajan nak mengunyah. hihihi

Proudly announced, sy hilang 3kg dalam tempoh ni.. Balik Malaysia mcm lupa diri jap tgk makanan tanah tumpah darahku, tp mengingatkan diri betapa susahnya nak hilang KG, sy bertahan… semoga dpt maintain..

So, kesimpulannya, sape yg sanggup exercise (at least jogging), anda boleh bergantung pada Alfalfa utk membakar lemak DEGIL.. (‘,”)

 

 

Weight Loss Challenge – Hari Kelima – Kesepuluh

Lambatnya entry ni, kesibukan melanda. saya dah beli Cinch Cafe Latte, sedap giler jgn cakap la, apa yg sy buat dalam tempoh ni:

1) mixed cinch dgn sebarang jenis kopi kat rumah (habbatussauda, capuccino, collagen)

2) mixed dgn meal shakes @ ESP

Saya ambil waktu sarapan dan makan mlm… Tak buat senaman langsung, tgh hari makan nasik. hari ke sepuluh timbang cuma hilang 1.2KG shj. Saya darah kumpulan “O”, so diet low carbohidrat penting untuk turun dengan cepat.. MASALAHNYA SAYA NAK MAKAN NASIKKKKK…

so, fasa pertama program weight loss sy insytiharkan GAGAL.. ♥♥♥ Saya nak proceed ke fasa ke dua (‘,”)

 

Weight Loss Challenge – Hari Ketiga dan Keempat

Hari ketiga – Kantoi, hari minggu buat kerja berat plus melayan anak-anak tak sihat, suap diorg taknak makan, sy yg ngap… uwaaaaaaaaaaaaaaaa, baru 2 hari tak makan nasik, rindu… opsssssssssss, badan dah mula rasa ringan..

Hari keempat – Keinsafan menjelma, harini amik nasik jugak utk lunch, tp minum ptg tu buat smoothies oat (3 sudu besar, kembangkan dgn air pns terlebih dahulu) + tomato + glucolin glucose blackcurrant (selalu sy guna madu, tp since masih ada ubat antibiotik tonsil utk dihabiskan, so takleh makan madu, tu yg guna glucose utk rasa manis, madu lebih sedap).. Mmg kenyang sampai mlm… Tgh mlm, join en somi mkn roti bakar, kantoiiiiiii!!! takleh jadi ni, sy perlukan sesuatu yg lebih power… Esok nak beli Cinch..

 

 

Weight Loss Challenge – Hari Kedua

Demam menggeletar semalam disebabkan oleh tonsil yang membengkak, nak telan air liur pun sakit. Badan lemah. tapi perut tetap lapar (‘,”)

Sarapan – Oat (1 1/2 sudu besar) + kopi collagen

Makan Tengah Hari – Bubur Oat (3 sudu besar) + carrot + tomato berlaukkan paprik ayam dgn bb corn (erkkkk, bkn bb kot, jagung remaja). Mmg tak lalu sgt nak makan, tapi kalau tak makan, saya takde tenaga nak dukung mok mok tu..

Makan Malam – En somi beli Yong Tau Fu RM9, sy makan separuh je, mulut tak sedap

Weight Loss Challenge – Hari Pertama (Entry Tertangguh)

(Entry ni patut publish 16/5/2013, tp sy demam teruk sebelah malamnya, tak larat nak update)

Cabaran 10 hari dengan bubur oat bersayur / berlauk utk mengurangkan berat badan bermula hari ni♥♥♥.. takmo exercise, cukuplah peluh2 menguruskan keje rumah ngan anak2 je, lgpun sakit kaki.. 2-3 hr ni tersadung kaki la, terjatuh lantai licin la, huhuhu… Berat pun dah melampau2 naik ni, latest 56.3kg.. Saya perlu buang 6kg utk cergas spt anak dara, atau 4kg utk cergas spt mak dara.. Bkn utk pakai kebaya segala, sy dah tinggalkan itu sume, tp utk kesihatan menyeluruh.. Kalu badan ringan, pkl 5.30pg jam bunyi, bleh terus terjun katil.. skrg, 6pg pun “bercinta” nak bgn… Itu la namanya “badan berat”…. So, let start.. Nanti sy kongsikan journey log utk 10 hari ni.. Jom sama-sama kurus untuk memudahkan kita beribadat.. Ya Allah, permudahkan urusanku..

Sarapan – Bihun Goreng (En somi dah bawak blk dr tempat keje pagi tu, tak makan kang kecik hati lak)

Makan Tengah Hari – Bubur Oat (3 sudu besar) + Sayur  Sawi + Tomato berlaukkan sambal sotong

Makan Petang – Pisang goreng 3 ketul (pisang tanduk ye, besar ♥)

Makan Malam – Habiskan kentang goreng anak-anak. Saya bukan jenis buang makanan tak habis semata-mata nak diet, kalu anak-anak tak habis makan, makanya saya la tolong habiskan, taknak membazir. Ini jugak punca saya naik berat badan.. (‘,”)

 

 

Panduan Pemilihan Makanan

SELAMAT MEMILIH!!!!! (‘,”)

Kalori

Kalori adalah unit yang digunakan untuk mengukur tenaga. Badan mendapat tenaga untuk aktiviti fizikal melalui makanan yang kita makan. Kita perlu mengira kalori harian yang diperlukan oleh badan. Ini dikira berdasarkan tinggi, berat, umur, jantina dan aktiviti seharian. Pengambilan makanan secara berlebihan dan kalori melebihi apa yang diperlukan oleh badan akan menjerumuskan diri kepada obesiti. Continue reading